JUS KURMA D'WARISAN

03 December 2010

SIHAT yang hakiki

‘KITA ADALAH APA YANG KITA MAKAN’ – Bagi melahirkan generasi insan yang ‘TENANG’, sihat rohani dan jasmani. (Hati dan Jasad)
PERJUANGAN KE ARAH MELAHIRKAN GENERASI UMAT MANUSIA YANG BERSIFAT ‘TENANG’ SERTA SIHAT ROHANI DAN JASMANINYA
Kawalah sistem dan cara pemakanan harian kita terutama generasi keturunan kita (anak-anak). Jika kita memberi mereka makanan yang hanya sedap di tekak, kita akan menanggung akibatnya apabila mereka merana kesakitan dari apa yang kita telah beri pada mereka. Ingatlah kepada sesiapa yang mencipta, mengilang, mengeluarkan dan menjual makanan yang boleh memudaratkan, diri manusia itu sendiri akan menanggung kesannya – kecelaruan fikiran, perubahan sifat dan kelakuan hiper aktif (ganas), kenakalan dan semuanya; adalah berpunca dari pemakanan dan ubat-ubatan (dadah). Pemakanan yang ‘tidak baik’ dan ubatan inilah yang akan sebati dalam darah dan seterusnya menguasai akal, fikiran, ingatan, perasaan dan nafsu iaitu sifat tubuh anak adam itu sendiri. Maka dari itu jadilah manusia itu ‘iblis yang nyata’... dan nanti apabila musibah melanda kita hanya mampu mengatakan ... sudah ‘takdir’. Wajarkah kita untuk berfikiran demikian?
.......RENUNG-RENUNGKAN DAN FIKIRKAN HAKIKAT SEBENARNYA.
Jangan terlalu percaya ciptaan manusia, percaya sepenuhnya ciptaan YANG MAHA ESA. Dia menjadikan kita dan segala di dunia. Panduan di dalam AL-QURAN terang dan nyata. Jangan hanya pandai mengaji, kaji dan amalkan setiap masa, setiap hari. Bukti dan kesannya akan ‘nyata dalam diri sendiri’....
....Surah Al-Quran Rujuk Semula..! (SARS)
....UBAT SEGALA JENIS PENYAKIT ADA DI DALAMNYA!!
FAKTA :-
- Virus babi mungkin punca SARS. (Berita Minggu, Ahad 4 Mei 2003)
- 13 juta penduduk berpenyakit. (Kosmo, Isnin 6 Julai 2009)
- Makanan punca kesihatan terganggu. (Mingguan Malaysia, Ahad 30 Jan 2000)
- ASMA penyakit kronik utama di kalangan kanak-kanak. (Wanita, Mei 1997)
- Semua peringkat umur terdedah kepada diabetes. (Berita Minggu, Ahad 14 Nov 1999)
- Penyakit Hati buat jiwa resah. (Metro Ahad, 26 Feb 2006)
MARI BERUBAH : ‘Penyakit Hati’.. punca semua penyakit yang menimpa manusia, akibat memakan dari hasil yang tidak berkat, akibat dari perut yang sentiasa padat – dengan makanan yang ‘LA’ZAT (sedap di mulut tapi seksa bagi PERUT); hasil dari asyik mencari KEPUASAN dunia sahaja kerana ‘RM’ (Rabun Matahatinya) maka Rosaklah Mukabumi dan Rosaklah Makhluk serta manusia itu sendiri. Oleh itu berPUASalah sentiasa dari kePUASan mulut, mata, hidung, telinga, tangan, kaki dan kemaluan kerana itulah(puasa) PENAWAR kepada semua penyakit. .... Carilah jalan MENGENAL DIRI, ubat untuk PENYAKIT HATI. ‘Sentiasa IngatkanNya Hati Akan Tenang’.... itulah tanda ‘hati’ yang ‘SIHAT’. Utamakan SIHAT, hidup pasti SELAMAT, andai utamakan HARTA , hidup pasti TERSEKSA.

22 November 2010

Doktor Dunia dan Akhirat

Untuk mengubati penyakit zahir (dunia), amalkanlah herba - herba alam. Apakah pula ubat untuk penyakit batin (hati - nak menang, nak senang, nak kenyang, nak kaya) ? Untuk mengubati penyakit batin ini hendaklah kita tinggal di kebun iman; ambilah akar - akar niat dan bijirin penyesalan di kebun itu. Ambilah pula daun - daun memperbaiki diri dan berazam, lalu taburlah biji - biji wara, buah - buah fikah dan berpautlah pada dahan - dahan tauhid; saripatinya ikhlas dan kulitnya Ijtihad. Ambil pula akar - akar tawakal, sempurnakan dengan iktibar, minumannya air taubat dan ubat tawaduk. Ubat - ubat itu hendaklah diambil dengan hati yang hadir, waspada dan faham! Peganglah taufik, tempatkan di tempat (bekas) TAHLIK dan hendaklah dibasuh denga air mata. Lepas itu letakan ia di dalam periuk Raja (harapan). Nyalakan api rindu sehingga timbul buih - buih hikmah yang banyak. Setelah masak tuangkan ia di atas dulang Redha dan kipaslah dengan kipas Istighfar. Dengan demikian engkau akan mendapat minuman yang sangat jernih, asli dan lazat. Akhirnya minumlah air itu di tempat yang sunyi yang tak seorang pun melihatnya melainkan Allah. Insyaallah penyakit batin akan dapat diubati.....

Rahsia '7'......

Untuk memastikan rohani dan jasmani kita sentiasa sihat bagaimana kalau kita mulai dengan memelihara 'TUJUH' anggota tubuh iaitu :
  1. Mata
  2. Telinga
  3. Lidah
  4. Tangan
  5. Kaki
  6. Perut
  7. Kemaluan
Bagi punca penyakit zahir dan batin, ketujuh - tujuh anggota ini saling berkait dan pada dasarnya segala penyakit yang kita hidapi puncanya bermula dari perut dan perut jugalah yang akan menerima penawar bagi apa jua penyakit... tapi bagaimana???

18 November 2010

Sihat

Semua orang inginkan kesihatan yang baik kerana tubuh yang sihat  adalah kejayaan pertama dalam memulai kehidupan. Namun takrif 'sihat' adalah berbeza pada setiap individu, pada saya 'sihat' yang hakiki adalah apabila kita mampu untuk menjauhkan atau menghindari penyakit 'hati' mahupun penyakit 'jasad'. Kesimpulannya : Sihat rohani dan jasmani. Mungkin anda mempunyai takrifan yang lain tentang sihat dan saya amat mengalu-alukan komen anda. Terima kasih!!