JUS KURMA D'WARISAN

22 November 2010

Doktor Dunia dan Akhirat

Untuk mengubati penyakit zahir (dunia), amalkanlah herba - herba alam. Apakah pula ubat untuk penyakit batin (hati - nak menang, nak senang, nak kenyang, nak kaya) ? Untuk mengubati penyakit batin ini hendaklah kita tinggal di kebun iman; ambilah akar - akar niat dan bijirin penyesalan di kebun itu. Ambilah pula daun - daun memperbaiki diri dan berazam, lalu taburlah biji - biji wara, buah - buah fikah dan berpautlah pada dahan - dahan tauhid; saripatinya ikhlas dan kulitnya Ijtihad. Ambil pula akar - akar tawakal, sempurnakan dengan iktibar, minumannya air taubat dan ubat tawaduk. Ubat - ubat itu hendaklah diambil dengan hati yang hadir, waspada dan faham! Peganglah taufik, tempatkan di tempat (bekas) TAHLIK dan hendaklah dibasuh denga air mata. Lepas itu letakan ia di dalam periuk Raja (harapan). Nyalakan api rindu sehingga timbul buih - buih hikmah yang banyak. Setelah masak tuangkan ia di atas dulang Redha dan kipaslah dengan kipas Istighfar. Dengan demikian engkau akan mendapat minuman yang sangat jernih, asli dan lazat. Akhirnya minumlah air itu di tempat yang sunyi yang tak seorang pun melihatnya melainkan Allah. Insyaallah penyakit batin akan dapat diubati.....

Rahsia '7'......

Untuk memastikan rohani dan jasmani kita sentiasa sihat bagaimana kalau kita mulai dengan memelihara 'TUJUH' anggota tubuh iaitu :
  1. Mata
  2. Telinga
  3. Lidah
  4. Tangan
  5. Kaki
  6. Perut
  7. Kemaluan
Bagi punca penyakit zahir dan batin, ketujuh - tujuh anggota ini saling berkait dan pada dasarnya segala penyakit yang kita hidapi puncanya bermula dari perut dan perut jugalah yang akan menerima penawar bagi apa jua penyakit... tapi bagaimana???

18 November 2010

Sihat

Semua orang inginkan kesihatan yang baik kerana tubuh yang sihat  adalah kejayaan pertama dalam memulai kehidupan. Namun takrif 'sihat' adalah berbeza pada setiap individu, pada saya 'sihat' yang hakiki adalah apabila kita mampu untuk menjauhkan atau menghindari penyakit 'hati' mahupun penyakit 'jasad'. Kesimpulannya : Sihat rohani dan jasmani. Mungkin anda mempunyai takrifan yang lain tentang sihat dan saya amat mengalu-alukan komen anda. Terima kasih!!