JUS KURMA D'WARISAN

07 April 2011

SIHAT : Antara ‘Kesedaran dan Kepercayaan’

Semalam, 6 Apr, ketika saya dan abang Kamil (MK) sedang membuat jualan di Giant Senawang, kami didatangi seseorang berbangsa India, En Ragu yang berminat dengan produk kami, Jus Kurma D’Warisan. Setelah beberapa ketika bersembang kami dapati beliau mempunyai banyak pengetahuan tentang khasiat kurma dan beliau sendiri telah lama mengamalkannya. Dari pandangan fizikal kami lihat beliau seorang yang sihat tanpa menyangka beliau hanya mempunyai satu buah pinggang sahaja kerana pernah mengalami kemalangan. Beliau juga mempunyai anak istimewa (down sindrom) dan beliau juga adalah seorang ‘vegetarian’. Beliau banyak berkongsi dengan kami tentang cara hidup sihat, dari amalan pemakanan dan senaman yoga. Itulah rahsia kesihatannya termasuk anak istimewanya.

- En Ragu sedang berborak dengan MK

Apa yang menarik hendak diperbincangkan di sini? Pertama : Kesedaran dan Kedua : Kepercayaan.
Kesedaran yang dimaksudkan di sini ialah tentang sejauh mana kesedaran kita tentang cara hidup sihat – iaitu cara pemakanan sihat, cara pergaulan yang sihat kerana ciri – ciri inilah memastikan hati dan jiwa yang sihat yakni rohani dan jasmani. Apa yang kita harus sedar di sini, kesedaran tentang aspek ini terletak pada semua pihak, kaum dan agama kerana saya percaya semua kaum dan agama mempunyai ajaran bagaimana untuk mengamalkan cara hidup sihat dan membentuk jiwa yang tenang. Kebanyakan kita apabila sudah sakit baru hendak sedar, itu pun kalau boleh sedar, tapi masih ramai lagi di luar sana walau sudah mendapat sakit tapi degil dan egonya masih tinggi. Ramainya juga yang menganggap kami ini hanya menjual ubat. Kami tidak mengubatkan penyakit tapi perjuangan kami adalah untuk menyedarkan masyarakat untuk mencegah penyakit melalui kaedah pemakanan.
Tentang kepercayaan pula, setiap orang ada panduan tersendiri mengikut agama masing – masing. Sebagaimana juga kitab Al-Quran, panduan umat Islam sepanjang zaman. Tapi sekarang ramai yang tahu mengaji tapi tak mahu mengkaji. Sebagaimana buah kurma yang disebut 21 kali di dalam Al-Quran. Memanglah tidak dinyatakan secara terperinci tentang khasiat dan apa kandungan zat dan nutriennya, tapi sepatutnya kita haruslah mengkajinya dan mengamalkannya. Tapi sayangnya yang mengkaji tentang kandungan dan khasiatnya bukanlah orang Islam. Malah tak ramai yang mengamalkannya sepanjang masa kecuali bulan Ramadhan jua, hanya kerana mengikut sunnah. Oleh itu marilah kita sama – sama berubah untuk kebaikan kita juga. Tiada nilai sesebuah kitab itu jika hanya dihafal dan dipertandingkan tapi tidak diamalkan.
‘S.I.H.A.T’ – Sentiasa IngatkanNya Hati Akan Tenang

1 comment:

  1. as-salaam..
    saya ingin menjemput tuan utk menjadi follower kami di http://pusman9.blogspot.com dan mendaftar di http://direktoriusahawanmara.blogspot.com yaa... ikhlas utk usahawan... :)

    ReplyDelete