JUS KURMA D'WARISAN

25 April 2011

2011 Tahun 'Kebangkitan' - Tahun 'SIHAT'

Salam...!! sejauh dan selama mana lagi kita harus leka. Apakah nilai kekayaan dan wang yang melimpah jika jasad tidak sihat, hati gundah dengan pelbagai masalah. marilah kita berubah... berubah dan mengubah cara kehidupan; menghabiskan sisa - sisa usia dalam keadaan hati yang tenang dan jasad yang sihat (rohani dan jasmani)
Berhentilah dari menyalahkan Alam (keadaan dan takdir) kerana dari alam ini juga semua penawar boleh dicari; penawar jiwa juga jasmani. Jika dahulu kala zaman datuk nenek kita, amat jarang didengar yang menghidap penyakit kronik (darah tinggi, kencing manis dsb), malah perkataan 'kanser atau barah' seolah tiada dalam kamus. Namun teknologi dan perubahan gaya hidup mengubah segalanya, menjadikan penghuninya dirundung oleh pelabagai masalah kesihatan. Itulah harga yang harus dibayar demi nama pembangunan, lalu wajarkah kita menjadikan diri sendiri sebagai mangsa?
Jika 15 - 20 tahun dahulu, pengubatan alternatif amat kurang dan susah mendapat tempat di hati kita, tapi sekarang keadaan sudah mula berubah, mungkin juga atas nama teknologi itu sendiri kita mula sedar dan tahu; media cetak, elektronik, internet dsb. Kepada yang masih belum sedar atau tak mahu ambil tahu... renung - renungkanlah... dan mari kita berubah demi menjadikan diri sendiri seorang yang SIHAT - Rohani dan Jasmani. Mari kita bersama - sama menjadikan tahun ini(2011) sebagai tahun kebangkitan iaitu tahun atau masa untuk kita menyedarkan diri, membuang ego demi menjadikan jasmani kita lebih sihat hanya dengan menukarkan kaedah dan tabiat permakanan, mengelak dari mengambil ubat - ubatan(drugs), belajar mengawal pernafasan(tenang) dan merujuk kepada Al-Quran, kerana segala panduan sudah lengkap... hanya kepada mereka yang tahu untuk berfikir!!!!

07 April 2011

SIHAT : Antara ‘Kesedaran dan Kepercayaan’

Semalam, 6 Apr, ketika saya dan abang Kamil (MK) sedang membuat jualan di Giant Senawang, kami didatangi seseorang berbangsa India, En Ragu yang berminat dengan produk kami, Jus Kurma D’Warisan. Setelah beberapa ketika bersembang kami dapati beliau mempunyai banyak pengetahuan tentang khasiat kurma dan beliau sendiri telah lama mengamalkannya. Dari pandangan fizikal kami lihat beliau seorang yang sihat tanpa menyangka beliau hanya mempunyai satu buah pinggang sahaja kerana pernah mengalami kemalangan. Beliau juga mempunyai anak istimewa (down sindrom) dan beliau juga adalah seorang ‘vegetarian’. Beliau banyak berkongsi dengan kami tentang cara hidup sihat, dari amalan pemakanan dan senaman yoga. Itulah rahsia kesihatannya termasuk anak istimewanya.

- En Ragu sedang berborak dengan MK

Apa yang menarik hendak diperbincangkan di sini? Pertama : Kesedaran dan Kedua : Kepercayaan.
Kesedaran yang dimaksudkan di sini ialah tentang sejauh mana kesedaran kita tentang cara hidup sihat – iaitu cara pemakanan sihat, cara pergaulan yang sihat kerana ciri – ciri inilah memastikan hati dan jiwa yang sihat yakni rohani dan jasmani. Apa yang kita harus sedar di sini, kesedaran tentang aspek ini terletak pada semua pihak, kaum dan agama kerana saya percaya semua kaum dan agama mempunyai ajaran bagaimana untuk mengamalkan cara hidup sihat dan membentuk jiwa yang tenang. Kebanyakan kita apabila sudah sakit baru hendak sedar, itu pun kalau boleh sedar, tapi masih ramai lagi di luar sana walau sudah mendapat sakit tapi degil dan egonya masih tinggi. Ramainya juga yang menganggap kami ini hanya menjual ubat. Kami tidak mengubatkan penyakit tapi perjuangan kami adalah untuk menyedarkan masyarakat untuk mencegah penyakit melalui kaedah pemakanan.
Tentang kepercayaan pula, setiap orang ada panduan tersendiri mengikut agama masing – masing. Sebagaimana juga kitab Al-Quran, panduan umat Islam sepanjang zaman. Tapi sekarang ramai yang tahu mengaji tapi tak mahu mengkaji. Sebagaimana buah kurma yang disebut 21 kali di dalam Al-Quran. Memanglah tidak dinyatakan secara terperinci tentang khasiat dan apa kandungan zat dan nutriennya, tapi sepatutnya kita haruslah mengkajinya dan mengamalkannya. Tapi sayangnya yang mengkaji tentang kandungan dan khasiatnya bukanlah orang Islam. Malah tak ramai yang mengamalkannya sepanjang masa kecuali bulan Ramadhan jua, hanya kerana mengikut sunnah. Oleh itu marilah kita sama – sama berubah untuk kebaikan kita juga. Tiada nilai sesebuah kitab itu jika hanya dihafal dan dipertandingkan tapi tidak diamalkan.
‘S.I.H.A.T’ – Sentiasa IngatkanNya Hati Akan Tenang

04 April 2011

Hati yang 'sihat' membentuk akhlak....

Hati saya amat tersentuh dengan berita dalam akhbar hari ini apabila seorang kanak - kanak berumur 7 tahun menghembus nafas terakhir di hospital gara - gara dibelasah oleh gurunya sendiri. Mengapa boleh jadi sampai bergini???? Seorang anak yang dihantar belajar di sebuah sekolah 'agama' dengan harapan menggunung seorang ayah untuk melihat anaknya bakal menjadi seorang yang berakhlak mulia dengan didikan agama. Walau apa pun masalahnya; maklumlah budak - budak, masakan sampai harus dibelasah sampai mati!! Saya mungkin tak tahu apa puncanya tapi apa pun saya beranggapan guru tersebut tentulah juga mempunyai asas latar belakang agama kalau tak masakan boleh menjadi pendidik di sebuah sekolah agama. Yang menjadi persoalan mengapa tindakan beliau jadi sejauh itu.
Inilah natijahnya apabila 'hati' kita 'sakit' , akhirnya jasad juga yang menanggung akibatnya. Ini yang harus kita tekankan untuk menjaga 'hati' kita kerana ia adalah soal kita. Apabila sudah terjadi sesuatu seperti kes tersebut solat hajat seribu rakaat pun tak berguna... itulah yang dimaksudkan ramai umat yang 'Sembahyang' tapi mereka tak tahu 'Sembah yang mana'?
Saya berpendapat sikap kita sebahagiannya bermula dari permakanan jua kerana kita adalah apa yang kita makan. Jangan kita sampai menjadi seorang yang beragama tapi tidak berakhlak.... maka renung - renungkanlah dimanakah kedudukan dan sikap kita sebagai seorang muslim.
Carilah jalan mengenal Allah, mengenal diri kerana Tuhan hanya memandang pada 'HATI'.
......... WASALLAM..
...Ikhlas dari @rt