JUS KURMA D'WARISAN

02 May 2011

Ada yang gusar kebangkitan makanan sunnah - komen kepada Majalah Al-Islam

Kepada : Majalah Al-Islam (April 2011) – u.p : Penolong Pengarang – Nor Shamsinor Baharin
Dr Hayei Abdul Shukor – bekas Profesor Madya Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
Datuk Dr Ma’amor Osman - Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)

Daripada : Krew SIHAT, HABUAL (Hati; Bumi; Alam) – En Mohd Fadzil Baharudin, En Mustafa Kamil Baharudin dan En Abdul Rashid Tahir.
No 193, Jalan Melor 7/2, Taman Rasa Sayang, 70450 Senawang, Negeri Sembilan.
No Tel : 06 – 6784739, 019 – 2074069
E-Mail : jkwarisan@gmail.com
Blog : www.jkwarisan.blogspot.com

Perkara : Kenyataan rasa kecewa tentang artikel di dalam ruangan fokus (m/s 46 – 51) Majalah Al-Islam keluaran April 2011.

Tarikh : 30hb April 2011

Assalmualaikum .... !!
Kami bagi pihak pengamal, peniaga dan amnya umat Islam seluruhnya, amat berasa tidak selesa dan amat kecewa tentang artikel yang dikeluarkan oleh majalah ini (keluaran April 2011) yang bertajuk , ‘Guna Sunnah Tak Kena Tempat’. Kami tidak menafikan mungkin ramai juga yang menyokong kenyataan Dr Hayei dalam ruangan tersebut, tetapi apa yang menyedihkan kenyataan seperti tersebut dikeluarkan dan diterbitkan oleh sebuah majalah yang mendokong perjuangan dan amalan umat manusia yang beragama Islam.... ya! Majalah yang bernama ‘Al-Islam’... dan kenyataan itu pula dipetik dari seorang Profesor Madya (bekas jer...) Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, dan pula pernah juga menerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul!!. Sebelum kami menulis lebih panjang, ingin kami membuat rumusan awal di sini; kami beranggapan pihak pengarang/editor terlalu terburu – buru dan kekeringan idea bagaimana untuk menulis tanpa sebarang fakta dan kajian tersendiri, berat sebelah serta bersikap prejudis.
Kepada pihak majalah Al-Islam, khususnya mereka yang disebutkan di atas dan mereka – mereka yang menyokong kenyataan tersebut, biarpun anda seorang ulama’ tersohor kami ingin menyeru dan mengajak sesiapa sahaja untuk sama – sama bermuhasabah dan merenung sejenak tentang apa yang dikatakan guna sunnah atau mengamalkan sunnah. Untuk pengetahuan semua, kami (krew SIHAT), bukanlah orang terpelajar yang ada ijazah atau phd, kami juga tidak memiliki bisnes besar dan kuasa (wang) untuk membeli segala ‘mungkin’, namun begitu kami adalah pengamal herba dan buahan yang disebutkan di dalam kitab (Al-Quran) termasuk kurma, madu dan zaitun, kerana itulah panduan dan pegangan kami dan untuk itu kami membaca, mengkaji dan mengamalkan, bukan hanya mengaji. Jika pihak tuan mahukan fakta tentang apa yang dibaca, dipelajari, diamal dan dikaji, silalah datang berjumpa dengan kami kerana kami sesekali tidak akan menyembuyi ilmu Tuhan, kerana itulah juga tuntutan dan sunnah yang harus kita sesama umat Islam amalkan. Mungkin keadaan akan jadi sebaliknya jika Dr Hayei ingin menyatakan kitab suci itu hanya sesuai untuk masyarakat Arab sahaja.... yer la bukankah kitab tersebut berbahasa Arab, untuk orang Arab sahaja la. Oh yer!! Kami terlupa, kami juga tak tahu berbahasa Arab, sikit – sikit pun hanya tahu baca saja. Tapi kami ingin memberitahu Dr Hayei, walau pun begitu kami bukanlah pula dari kalangan pak turut ibarat si tiong yang diasah lidahnya. Maka untuk mengaji dan mengkaji kami mencari tafsirannya dan mencari apa yang tersirat biarpun yang menulis atau yang mengkajinya (kurma, madu, zaitun dsb) berbangsa lain, berlainan agama dan segalanya berbeza, rasanya tak salah kerana kita mencari manafaatnya. Kalau dihalusi siapa lagi yang kita nak harapkan kerana orang kita (Islam) hanya tahu mengaji, bukan mengkaji apatah lagi untuk mengamal. Tidak hairanlah zaman sekarang berbondong – bondong orang kita mempelajari dan memperhalusi bacaan (lagu dan tajwid) manalah tahu mungkin boleh masuk akademi... kalau menang wajah dikenali apa lagi selalulah pergi umrah dan haji ‘free’.
Seperti kata – kata Ar-Razi, Tokoh Perubatan Islam, yang dipetik dari majalah Hidayah keluaran Januari 2002; “ Sekiranya seorang doktor boleh berubat dengan menggunakan sistem permakanan tanpa menggunakan ubat maka tindakan sedemikian adalah bertepatan dengan falsafah kebahagiaan” . Seperti sudah terang lagi bersuluh, maka buah kurma disebut 21 kali di dalam Al-Quran dan tidak kurang dari 263 ayat dalam hadis telah menyatakan tentang khasiat atau menafaat buah kurma sahaja. Maka dengan fakta sedemikianlah agaknya seorang ‘mat saleh’, Jean Carper, telah membuat kajian tentang kurma dan menyatakan di dalam bukunya, “ Food, Your Miracle Medicine” telah memberitahu bahawa kurma mengandungi salasilat iaitu sejenis zat yang meyerupai aspirin yang boleh bertindak seperti ubat penahan sakit dan demam. Maka tidak sepatutnyalah sebuah majalah bertaraf Islam iaitu Al-Islam, pengarangnya boleh menulis bahawa kurma menjadi kelaziman makanan Rasullulah kerana makanan atau buahan tersebut yang berada di tanah arab? Tandus sangatkah idea pengarang untuk menulis? Pengarang hanya mengelirukan pembaca, seolah – olah apa yang ada di tanah Arab untuk orang Arab, dan apa yang ada di sini barulah sesuai untuk orang Malaysia. Agaknya kitab Al-Quran juga pengarang patut beritahu umat Islam di Malaysia hanya sesuai untuk orang Arab sahaja kerana berbahasa Arab.
Kami juga bersetuju dan tidak dinafikan ramai peniaga dan penjual produk – produk seperti kurma, kismis, zaitun, buah tin dan sebagainya menggunakan alasan sunnah untuk melariskan produk, tetapi sekurang – kurangnya apa yang mereka jual itu adalah sesuatu yang halal lagi toyyibah berbanding dengan ubatan moden (drugs) dan makanan yang lebih banyak memudaratkan dan merosakan tubuh badan umat manusia itu sendiri. Di sini ingin kami merujuk sebuah artikel dari majalah Milenia Muslim keluaran Mac 2010 m/s 17 bertajuk ‘Sijil Halal Boleh Dibeli’ dan m/s 25 ‘Halalkah apa yang kita makan’ dan banyak lagi artikel yang menyentuh tentang ‘Halal’ kerana ia bukanlah terletak pada logonya. Sesuatu yang menarik di dalam majalah tersebut di ruangan fokus di m/s 30 – 33 yang bertajuk ‘Antara ayam antibiotik dan ayam probiotik’. Untuk pengetahuan pengarang, Prof dan Dr; kecenderungan dan kegilaan masyarakat kita yang tak jemu makan ayam suntik inilah salah satu punca utama kegemukan dan penyakit – penyakit utama seperti lelah. Seperti mana pantasnya ayam – ayam tersebut digemukan maka begitulah pantasnya kegemukan orang yang memakannya. Maka dengan itu kita sesama umat Islam sepatutnya bersama berganding bahu dan bersatu untuk berjuang memertabatkan makanan sunnah ini dengan apa cara sekali pun kerana sekurang – kurangnya ia makanan yang menyihatkan lagi halal, bukannya mengelirukan masyarakat terutamanya umat Islam itu sendiri dengan kenyataan – kenyataan yang pada pendapat kami tak lebih dari bersifat iri hati, dengki khianat di hati sedangkan syarikat – syarikat gergasi lagi terang membuli dan mengaburi masyarakat hari ini. Inilah sifat ‘hati’ yang ‘sakit’.... sakit ‘hati’ maka sakitlah seluruh jasad. Kalau ‘hati’ sakit tiada ubat atau herba yang boleh mengubat melainkan carilah ‘jalan’ kembali, mengenal diri untuk kita tahu dari mana kita datang dan bagaimana untuk kita kembali. Bukannya menyalahkan sesama sendiri...!! Maka belajar dari Alam kerana dari Alam kita dapat menikmati pelbagai rasa dan dari ‘Rasa’ itulah timbulnya ‘tahu’ dan dari ‘Tahu’ itulah hidupnya ilmu dan dari ‘Ilmu’ itulah sebenar – benarnya ‘GURU’. Tuan Pengarang, Tuan Profesor dan Tuan Doktor mungkin belajar tinggi hingga mampu mengumpul pelbagai pengiktirafan, sijil dan Ijazah tapi kalian tidak pernah hendak ‘merasa’ maka sebab itulah tidak ‘tahu’ maka timbulah pelabagai andaian. Seperti pada namanya meladapahit, kalau nak tahu cubalah rasa. Seperti rakusnya kita melahap ayam suntik..... ‘Sedap Aku Rasa Sendiri’ , maka ‘Sakitnya pun Aku Rasa Sendiri’. Maka dari itu kalau tak redha dengan apa yang diterima carilah ubatnya, lalu berpeganglah pada kitab... ‘ Surah Al-Quran Rujuk Selalu’. ... (SARS)
Kami ingin menarik perhatian Prof. Dr Hayei sendiri dengan kenyataannya di m/s 48 di mana, kami yang tidak mempunyai sebarang kelayakan ini tidak berapa faham dengan maksudnya yang agak tersirat di mana beliau menyatakan “ makan kurma juga perlu dilihat dari wajah – wajah yang munasabah”. Sebelum itu beliau menyatakan bahawa pesakit kencing manis tidak berapa sesuai memakan kurma. Di sini kami ingin bertanya kepada Prof kenapa begitu ramai pesakit kencing manis yang makan ubat kencing manis sekian lama masih tetap dipotong kakinya, rosak buah pinggangnya hingga ramai yang tertiarap mohon bantuan untuk mencuci buah pinggang masing – masing? Sedangkan Hospital, klinik dan pusat hemodialisis tumbuh bagai cendawan tapi ramai pesakit tidak sembuh dari penyakitnya. Di manakah pula munasabahnya? Kami amat tidak setuju dengan kenyataan tersebut kerana kami mempunyai rekod pengamal – pengamal herba dan kurma ini yang mempunyai penyakit diabetes dan dapat bebas sepenuhnya dari penyakit itu dengan berpegang pada konsep ‘Ar-Razi’ iaitu berubat dengan permakanan dan tanpa ubat. Kalau Tuan Prof berasa hanya kurma yang baru dipetik itu saja yang berkhasiat itu tandanya prof hanya melihat dari mata kepala bukan dari mata hati!! Carilah bahan bacaan berkaitan kurma dan kajian – kajian berkenaannya. Oops ! patutlah begitu pandangan seorang yang banyak duit kerana mungkin setiap bulan boleh pergi ke tanah Arab untuk memetik kurma. Maaf....!! itulah maksud kami di perenggan di atas agar belajar dari Alam yang dapat memberi pelbagai rasa bagi membolehkan penghuninya tahu agar sentiasa beilmu..
Kepada Tuan Prof... rasanya kami tidak perlu untuk menyatakan dalam ayat mana di dalam Al-Quran atau dalam Hadis mana sama ada sahih atau tidak yang menceritakan tentang kebaikan serta menafaat buah kurma, zaitun dsb kerana rasanya Tuan lebih faham dan arif... Cuma keraguan dan ketidakpercayaan Tuan tidak seharusnya turut memperngaruhi umat Islam yang lain yang berpegang pada syariat di mana Rukun Iman adalah menjadi pegangan. Rasanya Prof sendiri yang tidak mahu ambil tahu apakah kajian – kajian yang telah dibuat dan bagaimana bukti telah nyata pada sekian ramai orang yang telah mengamal. Sebagai rujukan ingin kami menyarankan kepada pihak tuan untuk merujuk kepada tulisan saudara Bahrain Samah, RH(AHG); seorang Herbalis Professsional yang bertaraf dunia dan juga seorang jururunding Nutrisi Holistik. Rujukan juga boleh dibuat melalui buku – buku beliau seperti ‘SERANGAN JANTUNG’, ‘RAWAT DENGAN HERBA’ dan ‘DIABETES JENIS 2’ atau blog – blog yang beliau tulis.

Dr Hayei dan Datuk Dr Ma’amor..!!
Kami berpandangan pengguna sekarang adalah lebih bijak untuk menilai sesuatu produk sebelum membeli tambahan pula apabila hendak membeli dan mencuba produk – produ herba atau makanan sunnah ini kerana ia bukanlah berteraskan nafsu. Lainlah halnya pada makanan – makanan lain yang begitu hebat dan meriah diiklankan, itulah rasanya yang patut Tuan - Tuan nasihatkan pengguna agar tidak tertipu.... yer la kan makanan sunnah ni tak lah ‘sampai menjilat jari’, maklumlah sekadar makanan sunnah semata, kalau bulan ramadan pun orang makan kurma sekadar tiga butir jer (sekadar sunnah) lepas tu orang akan terus melantak nasi sampai 3 pinggan. Iklan yang bersandarkan nafsu inilah sebenarnya yang banyak menipu dan memanipulasi pengguna yang akhirnya pengguna juga yang merana dek kerana sedap hingga menjilat jari...hingga terkerat kaki... baru padan muka sendiri!! Maka tak perlulah rasanya sampai nak wujudkan badan perunding untuk nak memantau dan mengawal selia sampai perlu nak disahkan pula. Adalah lebih baik Tuan – Tuan sekelian atau badan berwajib yang lain memantau ubat-ubatan yang berteraskan dadah dan vaksin yang langsung tiada logo halal tapi tiada siapa nak peduli atau nak mempertikaikan isi kandungannya. Wallahuallam!!
Kami juga agak terkeliru di sini apabila apabila seorang yang memperjuangkan hak – hak pengguna Islam di negara ini turut memberi komen – komen yang turut membuatkan pengguna Islam itu sendiri menjadi serba salah. Asasnya dari apa yang kami baca dalam kenyataan beliau hanyalah membunuh peniaga – peniaga Islam yang memperjuangkan makanan sunnah ini. Apakah asas perjuangan beliau pun kami tidak faham. Kalau dah kita sesama Islam pun tidak menyokong pembangunan produk – produk makanan sebegini, siapa lagi??? Maka patutlah orang yang bukan Islam pula nanti yang akan mengeluarkan dan memasarkan produk – produk ini. Seperti zaitun yang banyak dikisahkan di dalam kitab; cubalah kita selidik bangsa apakah yang banyak mengeluarkan dan mengkajinya,... apa pula agama mereka?? Jadi kita sebagai orang Islam yang memerlukan produk tersebut walaupun mungkin bukan di atas dasar sunnah, apakah pula pilihan kita.... ??
Kami dapat merasakan gelombang kebangkitan produk – produk sunnah ini apabila ada orang – orang seperti kalian yang terang – terangan menidakan perkara baik, membangkang yang benar, memalsukan yang tulen dan yang lebih teruk lagi cuba mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram. Kepada semua yang peniaga, pengusaha dan mereka yang berjuang berkaitan produk – produk halalan thoyyibah termasuk juga pengguna dan pengamal diharap teruskan perjuangan, perniagaan dan pengamalan; Insyaallah kebenaran itu akan nyata dalam pelbagai bentuk. Sebagaimana perjuangan Rasulullah s.a.w jua, kenyataan dan kebenaran memang selalu ditentang, lebih – lebih lagi oleh orang yang berpengaruh dan berwang!!.